Showing posts with label PLC System. Show all posts
Showing posts with label PLC System. Show all posts

Monday, December 5, 2022

ARDA ELECTRICAL DENGAN IDEA PLC SYSTEM - PITCH BORNEO 2022

 

    

    Arda Electrical kali ini telah tercalon sebagai "finalist" di Pitch Borneo pada tahun ini 2022 dan berentap di peringkat akhir pada 27 November 2022 dengan membawakan idea PLC System atau yang lebih dikenali sebagai Programmable Logic Controller System, di mana keadah pendawaian diubah atau dinaiktarafkan kepada kaedah Smart Home dengan menggabungkan satu sistem programming ke dalam pendawaian. Kaedah ini bertujuan untuk memudahkan pengguna dalam melakukan kerja-kerja seharian kerana rumah akan bekerja dengan sendiri apabila berada jauh daripada rumah yang hanya perlu dikawal dan dipantau di hujung jari melalui telefon bimbit atau laptop anda. Syarikat kami ingin membantu dalam mewujudkan teknologi IR 4.0 di Malaysia kerana persaingan teknologi kini sedang hangat dari tahun ke tahun. Kami menggunakan PLC System ini sebagai asas kepada sistem kami. 



    Pitch Borneo tahun ini bertemakan Post-Pandemic Innopreneurs Edition di mana terbahagi kepada 3 Zon iaitu Zon Digital (Kota Kinabalu), Zon Kreatif (Keningau) dan Zon Inovasi (Tawau). Kali ini program dilakukan secara online dan physical iaitu pendaftaran terbuka kepada semua usahawan dan training akan dimulakan dengan pengenalan Business Model Canvas (BMC), sesi mentoring juga turut disediakan semasa program dilakukan secara maya melalui platform ZOOM. Setelah itu, Pemilihan Top30 untuk Business Model Canvas (BMC) dilakukan untuk memilih idea yang akan dibawakan untuk fizikal program. Fizikal program dijalankan selama 2 hari di mana hari pertama sesi mentoring dan persediaan sebelum pitching berlangsung pada keesokan hari. Hari kedua pitching akan berlangsung bagi kesemua peserta yang terpilih Top30, kemudian untuk ke peringkat finale ini para juri membuat pemilihan bagi Top8 peserta yang terbaik dan akan pitching idea bisnes di finale bagi Top10 idea yang terbaik akan memenangi dana sebanyak RM20K. Pelbagai aktiviti yang telah disediakan kepada peserta terutama dalam pembelajaran dan networking untuk membawa perniagaan dengan lebih jauh.

    

    

    Walaupun tidak berjaya untuk menang namun impak yang diperolehi selepas mengikuti program Pitch Borneo sangat besar kerana kami telah mendapatkan networking daripada usahawan-usahawan lain dan membawa nama Arda Electrical sehingga dikenali orang dan mencari peluang yang ada untuk mendapatkan kolaborasi daripada pihak lain. Pengalaman dan pembelajaran berkaitan usahawan juga banyak diperolehi agar lebih kompeten dalam menguruskan perniagaan ke arah yang betul dan tidak merugikan usahawan. Pitch Borneo ini adalah platform terbaik bagi usahawan untuk memulakan perniagaan mereka dan menuju ke arah kecemerlangan perniagaan. 




    Arda Electrical juga sempat ditemubual oleh salah satu media yang hadir iaitu daripada Astro Awani untuk menerangkan dengan lebih lanjut berkaitan perniagaan yang dijalankan dan impak daripada program tersebut. 


     Selepas daripada program, kami mendapat peluang untuk mengadakan mesyuarat bersama Sabah Net sebagai penasihat kepada kami untuk melakukan projek seterusnya dan memberikan penerangan tentang Sandbox yang akan diadakan di Sabah pada tahun ini. Dengan ini, besarlah harapan kami agar kami mampu membawa nama syarikat Arda Electrical menjadi salah satu syarikat yang dikenali ramai dan menjadi pilihan ramai masyarakat!

ARDA ELECTRICAL DENGAN IDEA PLC SYSTEM - PITCH BORNEO 2022

           Arda Electrical kali ini telah tercalon sebagai "finalist"  di Pitch Borneo pada tahun ini 2022 dan berentap di peringk...